KUALA LUMPUR, 19 Julai 2014 - Mengambil barakah atau keberkatan bulan
Ramadhan yang mulia, Mulia Interlink Construction Sdn Bhd firma dalam bidang
pengkhususan kejuruteraan awam dan pembinaan serta perlombongan, hari ini memberi
layanan istimewa kepada 60 orang anak yatim di dalam Majlis Berbuka Puasa di
Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Seramai 200 tetamu turut hadir pada
majlis itu yang bermula pada bermula pada pada 6 petang dan berakhir pada 9
malam.
Majlis berbuka puasa tersebut yang dihadiri Yang Amat Mulia
Tengku Temenggong Tengku Arif Sultan Ahmad Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Mulia
Group, turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu khas, Duli Yang Maha Mulia
Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah dan diiringi Duli Yang Maha Mulia Sultanah
Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri
Adnan Yaakob, ahli lembaga Mulia Group serta wakil media.
No comments:
Post a Comment