Jul 19, 2014

60 ORANG ANAK YATIM DIRAI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA MULIA GROUP







KUALA LUMPUR, 19 Julai 2014 - Mengambil barakah atau keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, Mulia Interlink Construction Sdn Bhd firma dalam bidang pengkhususan kejuruteraan awam dan pembinaan serta perlombongan, hari ini memberi layanan istimewa kepada 60 orang anak yatim di dalam Majlis Berbuka Puasa di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Seramai 200 tetamu turut hadir pada majlis itu yang bermula pada bermula pada pada 6 petang dan berakhir pada 9 malam.


Majlis berbuka puasa tersebut yang dihadiri Yang Amat Mulia Tengku Temenggong Tengku Arif Sultan Ahmad Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Mulia Group, turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu khas, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah dan diiringi Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, ahli lembaga Mulia Group serta wakil media.