May 7, 2011

BANG BANG BOOM GEGARKAN KARNIVAL IKTIRAF 2011 DI CHINI



8 Mei 2011, KUANTAN - Pengerusi MBFM Wilayah Kuantan Mohd Sharim Md Zain menyifatkan tanggungjawab mengendalikan Karnival Iktiraf 2011 Wilayah Kuantan di Chini sebagai kepercayaan yang besar dari Majlis Belia Felda Malaysia dan merasa gagal jika ia tidak disempurnakan sebaiknya.

"Saya gagal jika perkara ini betul-betul terjadi yang mana semua AJK program mahu saya meletak jawatan sedangkan Karnival Iktiraf masih berlangsung", katanya selepas 'dikenakan' dan menjadi mangsa dalam program Bang Bang Boom, sebuah rancangan televisyen terbitan TV3.

Mohd Sharim bersyukur kerana tekanan yang dilalui kira-kira 30 minit itu hanya sekadar satu lakonan yang dirancang.

Beliau bagaimanapun tidak mengganggap perkara itu remeh, sebaliknya mengambil ia sebagai iktibar dan akan memberi perhatian serta memperhalusi setiap isu yang dibangkitkan oleh AJK agar situasi seperti itu tidak berlaku kepada dirinya.

“Apa yang penting adalah muafakat agar segala keputusan yang diambil memenuhi kehendak semua pihak”, katanya.

Mohd Sharim turut berharap penganjuran Karnival Iktiraf edisi ke tiga ini menempa kejayaan di 10 lokasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment