En. Anuar Abd. Manap, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
8 Mei 2011, KUANTAN - Siri jelajah Karnival Iktiraf edisi ketiga berjaya membawa pembaharuan kepada belia Felda untuk menentukan sendiri hala tuju perjuangan golongan itu kepada pembangunan modal insan dan negara.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abd. Manap berkata peranan belia Felda tidak sepatutnya dinafikan kerana golongan ini lah yang akan membarisi kepimpinan masa depan.
“Bermula dengan hanya tiga wilayah pada tahun 2009, edisi kedua Iktiraf tahun lepas berjaya dilaksanakan di 11 lokasi dengan baik dan tahun ini MBFM diberi kepercayaan penuh oleh Seranta dan Felda untuk menganjurkannya sendiri”.
Menyifatkan tanggungjawab yang diberikan itu sebagai satu perkembangan yang baik, MBFB katanya melihat Iktiraf sebagai medan dan landasan untuk belia Felda membuktikan kepada masyarakat yang generasi kedua dan ketiga Felda mempunyai aspirasi dan misi yang jelas untuk terus memperkasakannya.
“Belia ini jika diberi peluang, diberi ruang dan diberi kepercayaan akan dapat melaksanakan tugas dengan baik”.
“Jika sebelum ini kita lihat kemahiran dan kebolehan orang muda dinafikan tapi hari ini kami telah diberikan kepercayaan penuh”, katanya ketika ditemubual pada Karnival Iktiraf 2011 Wilayah Kuantan di sini, hari ini.
Menurut Anuar, kepercayaan itu juga telah disalurkan kepada setiap Persatuan Belia Felda di peringkat wilayah dan cawangan bagi menjayakan penganjuran Karnival Iktiraf ini.
“Kami beri kebebasan kepada jawatankuasa MBFB wilayah untuk tentukan sendiri apa yang mereka ingin tonjolkan pada setiap lokasi penjelajahan Karnival Iktiraf kerana ini lah masa yang sesuai untuk mereka membuktikan kebolehan”.
Anuar berkata kejayaan penganjuran Karnival Iktiraf juga menepis kata-kata sumbang yang melabelkan Felda sebagai lubuk gejala sosial.
“Belia Felda mengalami tranformasi yang agak besar pada hari ini dan ia penting untuk membuktikan yang mereka ini bukan lah se-negatif yang dikata”.
Sehingga kini, 89 daripada 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara berjaya mencatatkan sifar gejala sosial.
Menurur Anuar, komitmen yang ditunjukkan Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Adnan Yaakob yang turun padang merasmikan majlis penutup Karnival Iktiraf Wilayah Kuantan juga memberikan kesan positif kepada golongan belia.
“Inilah yang belia mahukan, pemimpin negara turun padang meraikan mereka tanpa sebarang alasan. Nak memenangi hati orang muda ini senang saja -- kalau salah, tegur dan beri peluang kami buktikan kebolehan”, katanya.
No comments:
Post a Comment