May 7, 2011

BELIAWANIS FELDA PERLU MENGUKUHKAN HALA TUJU


7 Mei 2011, Kuantan - Beliawanis Felda perlu mempunyai hala tuju yang jelas untuk sama-sama menyumbang kepada usaha memartabat dan memperkasakan generasi kedua dan ketiga Felda sebagai pewaris tanah rancangan ini, kata Pengerusi Skuad Kesejahteraan Insan Harmoni (Skuad Kasih) Rahimah Mokhri.

Beliau berkata sebagai wanita dan kaum ibu, Beliawanis Felda juga perlu bergiat aktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti terutamanya yang berbentuk kemasyarakatan dan kerohanian.

"Kami mahu Beliawanis hari ini punya semangat yg sama seperti kami penerokawati. Felda tahun 1960an-1970an bukan macam sekarang, jadi apa yang lebih penting adalah mempertahan dan memperjuangka apa yang diamanahkan kepada mereka." "Supaya ini lah generasi yg akan menggantikan kami", katanya ketika ditemubual pada Karnival Iktiraf 2011 peringkat Felda Wilayah Kuantan di sini, pada Jumaat.

Skuad Kasih yang ditubuhkan pada 19 Januari lepas adalah badan NGO pertama yang ditubuhkan di Wilayah Felda dalam kalangan pemimpin wanita.

Ia dianggotai pemimpin wanita bagi setiap cawangan di DUN Chini yang terdiri daripada ketua-ketua wanita di gugusan Felda Chini, kampung tradisi dan masyarakat orang asli.

Karnival Iktiraf 2011 Peringkat Felda Wilayah Kuantan diadakan selama 3 hari mulai 6-8 Mei di Padang Perbandaran DARA, Chini.

No comments:

Post a Comment