Dec 28, 2010
IRANIANS, GERMAN, AUSTRIAN AND RUSSIAN FLAIR IN TABRIZ
29 December 2010 - KUALA LUMPUR: Presenting their strongest line up so far for the 2011 edition of Le Tour de Langkawi (LTdL), Tabriz Petrochemical from Iran is looking to defend the Asian and overall team classification and aims for the yellow jersey.
Two out of the three Iranian riders in the line-up were among the top 10 in the overall classification in LTdL 2010; which are Hossein Askari and Ghader Mizbani.
The 35 year old rider Askari who is all too familiar with LTdL had participated previously under the colours of Telekom Malaysia All-Star, Giant Asia Racing and finally recruited by Tabriz. But there was no doubt, his best performance was when he ranked third overall in the 2010 edition, just 2 minutes 39 seconds behind the overall yellow jersey winner, Jose Rujano Guillen of ISD-Neri.
Once again, Askari will be the main focus of the 2011 edition, assisted by Eibegger and Mizbani to record encouraging results in two consecutive climbs up Cameron Highlands and Genting Highlands.
Iranian rider Mizbani, 35, which have the same climbing strength, collected 46 wins in his professional career since 1999, Mizbani who was ninth in the overall classification in 2010 also listed among the candidates who will grab the prestigious yellow jersey and the King of the mountain jersey.
Tabriz team manager Kazem Khatounabadi, listed Mehdi Sohrabi as their sprinter for the pursuit of stage victories. In the remaining flat stages of LTdL 2011, spectators will be expecting great performance by Sohrabi at the finish line. The 29-year-old bronze medallist in the Points Race event at the recent Asian Games, Guangzhou, turned professional in 2005 with team Paykan, had represented Azad University before moving on to Tabriz in 2009.
This Sprint specialist is ranked top in the 2010 UCI Asia Tour rankings with 466.66 points, with victories in the Asian Cycling Championships (ACC) and the current Iran road race National Champion.
The three European listed to complete the team are former Footon-Servetto rider Markus Eibegger, former rider for Fuji-Servetto and Katusha Continental Team, Boris Shpilevsky and returning for his second year with Tabriz, German rider Tobias Erler.
Eibegger’s skills cannot be underestimated; the 26-year-old rider who hails from Judenburg, Austria has proven his ability in LTdL 2010 when he claimed sixth place overall during his debut with Footon-Servetto, as well as his extensive experience competing in Giro d'Italia. With six victories in his professional career, Eibegger was also Austria’s national champion in 2009.
The Russian rider to strengthen Tabriz line-up is 28 years old Shpilevsky, who collected 24 stage wins throughout his career since his professional debut with team Preti Mangimi in 2007 to 2008. The Moscow born rider had previously rode for Fuji-Servetto in 2009 before being recruited in Katusha’s Continental team in 2010, with impressive victories at Giro del Friuli, Fleche du Sud and Firenze-Pistoia.
Tobias, 31, a former teacher who made a name in cycling, ranked fifth overall in Sprint Classification LTdL 2010. His vast experience racing in Asia since 2006 representing Giant Asia Racing before moving to 3C-Gruppe and Baier Landshut in 2009, this talented German rider is also among the contender for the Sprint classification.
CEO of Le Tour de Langkawi 2011, Mohamed Salleh believes that Tabriz will again evoke the participating teams this time. “Last year, Tabriz shocked everyone especially Spanish pro-tour team Footon-Servetto and ISD-Neri when they won the overall team classification, with the impressive combination of Iranians, German, Austrian and Russian riders making their way to our shores, this will be interesting to watch.”
TABRIZ PETROCHEMICAL TEAM LINE-UP:
Team Manager: Kazem KHATOUNABADI
Riders: Hossein Askari (IRI), Ghader Mizbani (IRI), mehdi Sohrabi (IRI), Markus EIBEGGER (AUT), SHPILEVSKY Boris (RUS), ERLER Tobias (GER).
Le Tour de Langkawi 2011 is organized by the Youth and Sports Ministry of Malaysia together with the Malaysian National Cycling Federation. The 2011 Tour is scheduled to be held from 23rd January to 1st February covers a total distance of 1315.4 kms with 10 stages, starting in Langkawi Island and ending at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Ends
BM - SENTUHAN IRAN, JERMAN, AUSTRIA DAN RUSSIA PERKUAT TABRIZ
29 Disember 2010, KUALA LUMPUR: BERDASARKAN barisan terkuat yang disenaraikan untuk edisi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, pasukan juara bertahan, Tabriz Petrochemical dari Iran tampil dengan lebih serius untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan berpasukan dan merebut jersi kuning juara individu keseluruhan pada edisi yang bermula 21 Januari hingga 1 Februari depan.
Selain mempertaruhkan dua daripada tiga pelumba yang berada dalam kelompok 10 teratas iaitu Hossein Askari dan Ghader Mizbani, Tabriz yang hadir bersama pengurus pasukan Kazem Khatounabadi, turut meletakkan pakar pecut Mehdi Sohrabi untuk mengejar kemenangan peringkat, selain tiga pelumba bukan Iran yang bukan calang-calang.
Askari tidak asing lagi bersama LTdL kerana selain pernah berkayuh untuk pasukan Telekom-Malaysia All Star, pelumba 35 tahun itu disenaraikan oleh Giant Asia Racing dan Tabriz ketika beberapa kali beraksi di LTdL.
Namun tidak dapat dinafikan, persembahan terbaiknya adalah ketika menduduki tangga ketiga keseluruhan pada edisi 2010, hanya tercicir 2 minit 39 saat di belakang pemenang jersi kuning keseluruhan, Jose Rujano Guillen yang mewakli ISD-Neri.
Sekali lagi, Askari akan menjadi tumpuan pada edisi 2011 apabila rakan pembantu, Mizbani dan Eibegger akan bersama-samanya untuk mencatat keputusan positif dalam dua pendakian berturut-turut ke Cameron Highlands dan Genting Highlands pada LTdL 2011 nanti.
Mizbani, 35, adalah pelumba Iran yang dianggap mempunyai kekuatan yang sama ketika mendaki dan dengan 46 kemenangan yang dikumpul sepanjang kariernya sejak 1999, Mizbani juga adalah antara calon yang akan merebut jersi kuning berprestij dan jersi Raja Bukit LTdL.
Dalam baki laluan peringkat landai pada LTdL 2011 ini, kelibat pecutan Sohrabi dijangka akan dapat disaksikan setiap kali peloton menghampiri garisan penamat kerana pakar pecut berusia 29 tahun itu diakui berpeluang untuk meraih kemenangan.
Memenangi pingat gangsa dalam acara Perlumbaan Mata di Sukan Asia Guangzhou, Sohrabi yang bergelar profesional pada 2005 bersama pasukan Paykan, pernah mewakili Azad University sebelum beralih kepada Tabriz pada 2009.
Pakar pecut ini menduduki senarai teratas dalam rangking Jelajah Asia UCI dengan 466.66 mata, dengan antara koleksi kemenangan tahun ini adalah di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), Peringkat 6 Tour of Qinghai Lake dan muncul juara kebangsaan Iran.
Tiga pelumba Eropah yang disenaraikan bagi edisi 2011 adalah bekas pelumba Footon-Servetto Markus Eibegger, bekas pelumba Fuji-Servetto dan Katusha, Boris Shpilerskiy dan pelumba Jerman yang akan tampil buat tahun kedua bersama Tabriz, Tobias Erler.
Kehebatan Eibegger juga tidak boleh dinafikan kerana pelumba kelahiran Judenburg, Austria berusia 26 tahun itu sudah terbukti dengan kemampuan menduduki tangga keenam keseluruhan pada penampilan sulung bersama Footon pada LTdL 2010, selain berpengalaman luas di pentas Giro d'Italia.
Dengan enam kemenangan dalam karier profesionalnya termasuk ketika mewakili pasukan ELK Haus-Simplon pada 2007 hingga 2009, Eibegger juga adalah juara kebangsaan Austria 2009.
Pelumba Russia yang memperkuatkan Tabriz adalah Shpilevsky, 28 tahun, yang mengumpul 24 kemenangan peringkat sepanjang karernya sejak bergelar pelumba profesional bersama pasukan Preti Mangimi pada 2007 hingga 2008.
Pelumba kelahiran Moscow ini juga dianggap berpengalaman luas kerana selain berkayuh di negaranya, dia juga pernah menyarung jersi Fuji-Servetto pada 2009 sebelum dilamar pasukan Katusha Continental pada tahun 2010, dengan kemenangan di Giro del Friuli, Fleche du Sud dan Firenze-Pistoia.
Tobias, 31, bekas guru yang mencipta nama dalam sukan berbasikal, juga antara karakter yang bakal mewarnai Tabriz dan LTdL 2011 kerana selain berpengalaman luas berlumba di Asia sejak mewakili Giant Asia Racing pada 2006 sebelum berpindah kepada pasukan 3C-Gruppe dan Baier Landshut pada 2009, pelumba Jerman ini juga berkemampuan untuk bersaing dalam merebut jersi Raja Pecut selepas menduduki tangga kelima keseluruhan pada LTdL 2010.
Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh percaya bahawa pasukan ini akan menyemarakkan lagi penyertaan kelab Asia lain. “Tahun lalu, Tabriz Petrochemical Cycling Team mengejutkan beberapa pasukan ternama khususnya pasukan pro-tour yang didaftarkan di Sepanyol, Footon-Servetto dan ISD-Neri apabila menang kategori berpasukan keseluruhan.”
SENARAI PASUKAN TABRIZ PETROCHEMICAL
PENGURUS: KAZEM KHATOUNABADI
PELUMBA: HOSSEIN ASKARI (IRI), GHADER MIZBANI (IRI), MEHDI SOHRABI (IRI), MARKUS EIBEGGER (AUT), BORIS SHPILEVSKY (RUS), ERLER TOBIAS (GER).
Le Tour de Langkawi 2011 dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Jelajah yang bermula pada 23 Januari hingga 1 Februari ini membabitkan perlumbaan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1,315.4 kilometer, bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
tamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment