Dec 30, 2010
LANDBOUWKREDIET, A BELGIAN TOUCH FOR LE TOUR DE LANGKAWI
Baptiste Planckaert
Geert Verheyen
Marco Saligari
31 December 2010, KUALA LUMPUR - BELGIAN team Landbouwkrediet will return to Le Tour de Langkawi after four years of absence. They are set to strengthen the field of the Malaysian H.C. race from January 23rd to February 1st.
This is a legendary team as the Belgian bank has been a faithful backer of the team for ten years already. Landbouwkrediet stepped in way back in 2001 but the squad managed by Gerard Bulens initially named under Saxon and then Tönissteiner was created in 1992. “Not many cycling teams manage to celebrate their twentieth anniversary”, said the founder who has put stability as his priority while other managers have tried to get their organisation to grow too fast and were eventually forced to close the business.
Landbouwkrediet makes the headlines in the winter season with their cyclo-cross super star Sven Nys but their road team looks well prepared to take over as early as in January. They will be coached at Le Tour de Langkawi by former Tour de France stage winner Marco Saligari who participated in the event himself in 1997, the year the Malaysian event kicked off on the island of Borneo. “I’ve always kept fond memories of Le Tour de Langkawi”, said the Italian who returned to Malaysia as a sport director. “I think it’s the best way for a team like ours to start the new season.”
The Landbouwkrediet team will look at building foundations for the European races dedicated to sprinters. They have an interesting mix of young and experienced riders with 37 year old Geert Verheyen to guide the beginners. As he finished second at GP of Frankfurt in 2010, he’s still very competitive. Le Tour de Langkawi will give exposure to two of the most promising prospects of Belgian cycling who finished the 2010 season on a high note: Joeri Stallaert who came 7th in Paris-Tours U23 and Baptiste Planckaert who was 5th in the H.C. Tour de Vendée.
Baptiste has no family relation to the famous brothers and sons Willy, Walter, Eddy, Jo and Francesco Planckaert but his father Ignaas has made the record books for finishing second in the 1980 Circuit des Ardennes one place ahead of eventual Tour de France triple crowned champion Greg LeMond and his grandfather Willy Truye was also a professional cyclist from 1955 to 1962 and he won the famous French one day race GP of Isbergues in 1957.
“We all know how Belgium is important in the world of cycling, so we wanted to have a team from this country where media cover so much of bike racing”, said the CEO of Le Tour de Langkawi Mohamed Salleh. “Landbouwkrediet will expand the prestige of our event. We expect them to deliver good results as they have the reputation of having good sprinters. They are very motivated, so I believe they’ll be very competitive.”
LANDBOUWKREDIET TEAM LINE-UP
Team Manager: Marco SALIGARI
Riders: Davy COMMEYNE, Sébastien DELFOSSE, Benjamin GOURGUE, Baptiste PLANCKAERT, Joeri STALLAERT and Geert VERHEYEN (all Belgians)
Le Tour de Langkawi 2011 is organized by the Youth and Sports Ministry of Malaysia together with the Malaysian National Cycling Federation. The 2011 Tour is scheduled to be held from 23rd January to 1st February covers a total distance of 1315.4 kms with 10 stages, starting in Langkawi Island and ending at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Ends
BM - LANDBOUWKREDIET BAWA SENTUHAN BELGIUM KE LE TOUR DE LANGKAWI
31 Disember 2010, KUALA LUMPUR – PASUKAN Belgium, Landbouwkrediet kembali menghangatkan saingan Le Tour de Langkawi selepas menghilang empat tahun dan dijangka memeriahkan lagi profil saingan bagi jelajah berstatus H.C. itu pada 23 Januari hingga 1 Februari ini.
Ini adalah pasukan handalan yang mendapat sokongan tajaan bank Belgium sejak 10 tahun lalu. Landbouwkrediet kali pertama membuat kemunculan pada 2001 tetapi skuad yang dibimbing pengurus Gerard Bulens ketika itu lebih dikenali dengan nama Saxon dan kemudian Tönissteiner ketika ditubuhkan pada 1992.
“Tidak banyak pasukan profesional basikal yang mampu merayakan ulang tahun ke-20 mereka,” kata Bulens, pengasas pasukan itu yang bertanggungjawab menjadikan skuad berkenaan cukup stabil berbanding pengurus lain yang cuba membina kekuatan menerusi jalan singkat tetapi akhirnya lenyap terkubur.
Landbouwkrediet mencipta nama ketika musim sejuk menerusi bintang cyclo-cross, Sven Nys tetapi pasukan lebuh raya juga dilihat sudah bersedia untuk beraksi pada awal Januari. Pengurus yang akan membimbing pasukan itu pada LTdL 2011 adalah pemenang peringkat Tour de France, Marco Saligari yang turut pernah mengecap aksi LTdL pada 1997.
“Saya sentiasa menyimpan kenangan manis Le Tour de Langkawi,” kata warga berbangsa Itali itu yang kini menjadi pengurus pasukan. “Saya berpendapat inilah cara terbaik bagi pasukan seperti kami memulakan musim baru.”
Pasukan Landbouwkrediet mahu membina kekuatan menjelang perlumbaan Eropah musim ini dengan menyenaraikan ramai pelumba pecut. Pasukan ini mempunyai gabungan pelumba muda dan berpengalaman, diketuai pelumba 37 tahun, Geert Verheyen yang akan membimbing rakan pelumba muda lain. Dengan kemampuan menduduki tempat kedua di GP Frankfurt pada 2010, dia masih dianggap seorang pelumba yang kompetitif.
Le Tour de Langkawi juga akan memberi pendedahan berguna kepada dua pelumba berbakat Belgium yang menamatkan musim 2010 dengan nota cemerlang: Joeri Stallaert yang menduduki tempat ketujuh Bawah-23 Paris-Tours dan Baptiste Planckaert yang menduduki tempat kelima dalam jelajah berstatus HC, Tour de Vendée.
Baptiste tiada kaitan persaudaraan dengan pelumba adik beradik terkenal Willy, Walter, Eddy, Jo dan Francesco Planckaert tetapi bapanya, Ignaas pernah mencipta rekod menduduki tempat kedua Circuit des Ardennes 1990, di depan pemenang tiga gelaran Tour de France ketika itu, Greg LeMond, manakala datuknya, Willy Truye juga pernah bergelar pelumba profesional pada 1955 hingga 1962 serta memenangi perlumbaan terkenal sehari Perancis, GP of Isbergues pada 1957.
“Kita semua sedar Belgium adalah negara penting dalam dunia perlumbaan berbasikal, jadi kita mahukan sebuah pasukan daripada negara itu hadir di LTdL dan mendapat liputan meluas media di sana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Le Tour de Langkawi, Mohamed Salleh. “Landbouwkrediet akan meningkatkan lagi nilai prestij jelajah kebanggaan kita. Kami meramalkan mereka akan menghasilkan keputusan yang bagus sesuai dengan reputasi pasukan itu yang mempunyai ramai pakar pecut. Mereka cukup bermotivasi, jadi saya percaya mereka akan begitu kompetitif.”
SENARAI PASUKAN LANDBOUWKREDIET
Pengurus Pasukan: Marco SALIGARI
Pelumba: Davy COMMEYNE, Sébastien DELFOSSE, Benjamin GOURGUE, Baptiste PLANCKAERT, Joeri STALLAERT, Geert VERHEYEN (semua BELGIUM)
Le Tour de Langkawi 2011 dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Jelajah 2011 dijadual berlangsung dari 23 Januari hingga 1 Febauari. Meliputi jarak keseluruhan 1,315.4 kilometer, dengan 10 peringkat, dari Pulau Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment