Dec 21, 2010

SKIL-SHIMANO WITH A STRONG DUTCH-JAPANESE ALLIANCE


21 December 2010, Kuala Lumpur - Skil-Shimano will be a team to watch during the 2011 Le Tour de Langkawi (LTdL) from January 23rd to February 1st. They’ll return to Malaysia with a strong line up of sprinters and high ambitions for their Japanese climber Yukihiro Doi who is no stranger to the event as he already made the top 10 overall in 2007 and he has improved a lot since.

“We’ll come with strong and motivated riders, including our sprinter Kenny van Hummel who collected five bunch sprint victories in 2009 and ten in 2010”, warned team manager Iwan Spekenbrink. Van Hummel became famous during the 2009 Tour de France, the only one the Skil-Shimano team took part in, as he struggled alone in the mountains and fought hard with the label of lanterne rouge (the last rider on GC). His courage touched the heart of media and fans but he’s above all a great sprinter likely to shine as a stage winner at LTdL.

The Japanese branch of the Skil-Shimano previously took part in the event but this will be the first participation of the established and well respected Dutch-based squad. Doi is the link between the two sponsors. He remained the only Japanese on the roster but he’s also one of the best climbers in the team. In 2007, he led the Asian classification of Le Tour de Langkawi for a few days but eventually passed the blue jersey onto Iran’s Ghader Mizbani. He finished eighth on GC in an edition that featured Tour de France stage winners Thomas Voeckler, Sylvain Calzati and Sandy Casar, just to name a few. Since then, Doi has moved to the Netherlands and improved both his English and his cycling skills. He finished sixth in the 2010 Tour of Turkey won by Italian star Giovanni Visconti. “I’m happy with my development as a cyclist with Skil-Shimano”, said the Japanese who is a potential winner for the 2011 LTdL overall.

In this Dutch-Japanese alliance, another ace will be Mitchell Docker from Australia. He led the 2008 Le Tour de Langkawi for one day riding for Drapac-Porsche before heading to Europe. He’s a fast rider who will target stage wins. Skil-Shimano’s recruit from the defunct Cervélo TestTeam Martin Reimer who was the 2009 German national champion will be another super talent to be watched closely during the ten days of racing.

“The participation of Skil-Shimano to Le Tour de Langkawi will bring media attention from the Netherlands but also from Japan, Australia and Germany, that’s why we’re delighted to have them racing on Malaysian soil”, said the CEO of Le Tour de Langkawi Mohamed Salleh. “Most of these riders and their staff have never visited the beautiful island of Langkawi, where we’re bringing the start of the race back after three years. I’m pretty sure they’ll love the place.”

SKIL-SHIMANO TEAM LINE UP:

TEAM MANAGER: Iwan Spekenbrink

RIDERS: Mitchell DOCKER (Aus), Koen DE KORT (Ned), Kenny VAN HUMMEL (Ned), Albert TIMMER (Ned), Yukihiro DOI (Jap) and Martin REIMER (Ger).

Le Tour de Langkawi 2011 is organized by the Youth and Sports Ministry of Malaysia together with the Malaysian National Cycling Federation. The 2011 Tour is scheduled to be held from 23rd January to 1st February covers a total distance of 1315.4 kms with 10 stages, starting in Langkawi Island and ending at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ends

BM: SKIL-SHIMANO TAMPIL DENGAN GABUNGAN KEKUATAN BELANDA-JEPUN

21 December 2010, Kuala Lumpur - Skil-Shimano akan menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian pada Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL), 23 Januari hingga 1 Februari depan. Mereka kembali ke Malaysia dengan barisan handalan pekar pecut dengan matlamat besar menerusi pakar mendaki Yukihiro Doi yang tidak asing lagi dalam jelajah ini kerana pernah mencatat keputusan kelompok 10 teratas dalam edisi 2007 dan terus meningkat sejak itu.

“Kami dating dengan pelumba yang handal dan bermotivasi, termasuk pelumba pecut Kenny van Hummel yang sudah mengumpul lima kemenangan hasil pecutan beramai-ramai terakhir pada 2009 dan 2010,” kata pengurus pasukan Iwan Spekenbrink. Van Hummel mula menjadi perhatian ketika Tour de France 2009, dan satu-satunya pelumba Skil Shimano yang tinggal dan bermati-matian bersaing sebagai pelumba terakhir dalam senarai keseluruhan.

Semangat juang tingginya itu menyentuh ramai terutama di kalangan peminat dan media tetapi dia tetap dianggap seorang pakar pecut yang mampu menyinar untuk merebut kemenangan peringkat pada LTdL nanti.

Pelumba kelahiran Jepun menganggotai keseluruhan skuad Skil-Shimano yang pernah mengambil bahagian dalam penampilan kali pertama mereka dulu tetapi kali ini mereka sudah menjadi pasukan lebih berpengalaman dan dihormati.

Doi dianggap penghubung kepada kedua-dua penaja pasukan itu. Dia kekal menjadi satu-satunya pelumba Jepun dalam senarai pasukan kali ini tetapi dia juga adalah pakar pendaki utama.

Pada 2007, dia mendahului senarai pelumba Asia terbaik di LTdL untuk beberapa hari sebelum dipintas pelumba Iran, Ghader Mizbani. Dia akhirnya mendududki tangga kelapan keseluruhan dalam edisi yang turut dihiasi pemenang peringkat di Tour de France, antaranya Thomas Voeckler, Sylvain Calzati dan Sandy Casar. Sejak itu, Doi berhijrah ke Belanda dan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran berkayuh.

Dia menamatkan saingan Tour of Turkey di tempat keenam keseluruhan dalam jelajah yang dimenangi pelumba bintang Itali, Giovanni Visconti. “Saya gembira dengan peningkatan saya sebagai pelumba bersama Skil-Shimano,” kata pelumba Jepun itu yang dianggap berpotensi mencabar jersi kuning LTdL 2011.

Dalam penggabungan Belanda-Jepun ini, seorang lagi pelumba yang wajar diberi perhatian adalah pelumba kelahiran Australia, Mitchell Docker yang pernah muncul pendahulu selama sehari pada LTdL 2008 ketika berkayuh untuk pasukan Drapac-Porsche, sebelum mengembangkan sayapnya di Eropah.

Docker dianggap pelumba pecut berkebolehan dengan sasaran untuk memenangi peringkat dalam lapan daripada 10 laluan pada LTdL 2011 ini. Skil-Shimano juga melamar pelumba baru daripada pasukan Cervélo TestTeam yang kini dibubarkan, Martin Reimer yang muncul juara kebangsaan Jerman pada 2009 dan dianggap antara bintang yang mampu menyinar dalam edisi LTdL kali ini.

“Penyertaan Skil-Shimano dalam Le Tour de Langkawi akan menarik perhatian pihak media bukan saja dari Belanda tetapi juga Jepun, Australia dan Jerman. Sebab itulah kami berbesar hati mereka dapat berlumba di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh.

“Kebanyakan pelumba dan pegawai dalam pasukan ini tidak pernah melawat dan menyaksikan keindahan Pulau Langkawi yang akan menjadi lokasi permulaan LTdL 2011. Saya pasti mereka akan terpikat dengan keindahannya.”

BARISAN PELUMBA SKIL-SHIMANO:

PENGURUS PASUKAN: Iwan Spekenbrink

PEUMBA: Mitchell DOCKER (AUS), Koen DE KORT (NED), Kenny VAN HUMMEL (NED), Albert TIMMER (NED), Yukihiro DOI (JPN), Martin REIMER (GER).

Le Tour de Langkawi 2011 dianjurkan oleh Kementerian belia dan Sukan bersama-sama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). LTdL 2011 dijadualkan berlangsung dari 23 Januari hingga 1 Februari, membabitkan jarak keseluruhan 1,315.4 km dengan 10 peringkat, bermula di Pulau Langkawi dan ebrakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

tamat

No comments:

Post a Comment