Jan 3, 2011

DRAPAC SET TO CONQUER IN LTDL


Stuart Shaw won the final stage at Dataran Merdeka in 2010


R to L - David Pell, Erler and Thomson in a breakaway at Stage02 of ltdl10


Rhys Pollock at the 2010 Tour of Geelong / photo by Shane Goss,licoricegallery


Floris Goesinnen previously rode for Skil-Shimano will use his experience to lead the team to success


4 January 2011, KUALA LUMPUR: The 2010 season was considered the most prominent for Australian continental team, Drapac-Porsche when achieving success in Le Tour de Langkawi (LTdL), Japan Cup, Tour of Okinawa, Melbourne- Warnabool and the recent Tour of Bright.

Now registered as Drapac Professional Cycling, the Melbourne-based squad aims to continue that momentum in the 2011 edition of LTdL, at least to improve on the overall sixth position attained from the last edition even though without their star rider, Peter McDonald who placed fourth overall and was crowned King of the Mountain of the 2010 LTdL.

This time, team manager Agostino Giramondo lists David Pell, Rhys Pollock, Stuart Shaw, Tom Palmer, and two non-Australian rider, Goesinnen Floris of Holland and Malaysian born cyclist, Mohammad Adiq Hussainie Othman.

Of the six riders, only Palmer and Goesinnen will make their debut in LTdL but Pell, Pollock, Shaw and Adiq will return to continue the challenges in the flat stages.

Shaw was the winner of the final stage in Dataran Merdeka in the 2010 edition, outsprinting Footon Servetto’s Vidal Celis. His attendance along with Pollock and Palmer is expected to strengthen the sprinting power of the team on the flat stages towards the finish line.

33 year-old Shaw, started with Canberra Cycling Club and was first recognized for his quick acceleration when he claimed 3rd placing in the 2008 Halle-Ingooigem 1.1 in Belgium finishing closely behind Quickstep’s Gert Steegmans and Team Columbia’s Michael Rogers. Shaw continues to win 1st stage at the Tour de Gironde in 2009, Ambacht criterion in the Netherlands and the final stage of Tour de Nouvelle Caledonie.

His persistence breakaway awarded Shaw the most aggressive rider at Stage 1 of Jayco Herald Sun Tour last year and he is expected to continue with this diligent style when LTdL kicks off on the island of Langkawi, 23 January.

20 year-old Palmer is quite a talented young rider when he won the Japan Cup criterium, only a few weeks after returning from a nose surgery. The Wangga, New South Wales born rider was the world champion of time trial event at the World Youth Championship in Mexico 2007 before being recruited in Drapac for the 2010 season.

Another Drapac sprinter we will need to keep an eye on is Pollock, who is well experienced competing around Asia after joining Team Marco Polo Racing in 2005 and DFL-Cyclingnews-Litespeed (2007) prior to joining Drapac in 2009.

Meanwhile 30 year old, Pell who ranked 40th overall in LTdL 2010 previously with the Savings & Loans Cycling Team from 2007 to 2009. Among his best results include second place at Stage 4 of Tour of Geelong and seventh place at Stage 1 in the FBD Insurance in Ireland.

Drapac will rely on experienced Dutch rider, Goesinnen to climb the difficult mountain stages of Cameron Highlands and Genting Highlands. With skills collected with Skil-Shimano in Europe, including Tour of Flanders and emerged as one of the best placed Dutch rider in the classic 2007 Paris-Roubaix.

"Floris specialises in finding opportunities to breakaway from the peloton early in the race," said Giramondo referring to the rider that had been crowned King of Mountain at Driedaagse de Panne, Second placed King of Mountain in Denmark Runhfahrt and fourth in the Grand Prix Temse throughout 2010.


Adiq will ride again in Drapac colors for 2011

Drapac will continue gaining the support of Malaysian fans as they still retain the multi-talented young rider, Adiq Hussainie for the 2011 season. Adiq was the best Malaysian rider where he came in 35th in LTdL 2010, he is Malaysia’s road race national champion and continues to excel in track events.

However, the second Malaysian to join Drapac for 2011, 23-year-old Amir Mustafa Rusli was not listed in the team’s line-up. The Terengganu lad completed last year under the Malaysian National Team and was the second best Malaysian behind Adiq in 19th of the Overall Asian Rider.

CEO of Le Tour de Langkawi 2011, Mohamed Salleh is optimistic of Adiq riding for Drapac again, “Even without newly signed Amir Mustafa assisting him in the team, we are looking forward to see Adiq perform with an impressive list of riders forming Drapac this year.”

With the increasing performance of Terengganu born riders in recent years, Drapac should be among the favorites throughout 8 flat stages out of 10 that awaits them at this 2011 LTdL.

DRAPAC PROFESSIONAL CYCLING LINE-UP:

Team Manager: Agostino GIRAMONDO

Riders: David PELL (AUS); Rhys POLLOCK (AUS); Stuart SHAW (AUS); Tom PALMER (AUS); Floris GOESINNEN (NED); Muhamad Adiq Husainnie OTHMAN (MAS)

Le Tour de Langkawi 2011 is organized by the Youth and Sports Ministry of Malaysia together with the Malaysian National Cycling Federation. The 2011 Tour is scheduled to be held from 23rd January to 1st February covers a total distance of 1315.4 kms with 10 stages, starting in Langkawi Island and ending at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ends



BM - DRAPAC MAMPU MENCABAR


4 Januari 2011, KUALA LUMPUR: Musim 2010 dianggap tahun paling menyerlah buat pasukan benua dari Australia, Drapac-Porsche apabila mencipta kejayaan di Le Tour de Langkawi (LTdL), Piala Jepun, Jelajah Okinawa, Melbourne-Warnabool dan terbaru Jelajah Bright.

Momentum itu mahu diteruskan pada edisi LTdL 2011, sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan tangga keenam keseluruhan pada edisi lalu sekalipun kali ini hadir tanpa jaguhnya, Peter McDonald yang menduduki keempat keseluruhan.

Dengan nama baru Drapac Professional Cycling kali ini, pasukan yang dibimbing pengurus Agostino Giramondo menyenaraikan David Pell, Rhys Pollock, Stuart Shaw, Tom Palmer dan dua pelumba bukan Australia, Floris Goesinnen dari Belanda dan pelumba kelahiran Malaysia, Muhamad Adiq Hussainie Othman.

Daripada enam pelumba ini, hanya Palmer dan Goesinnen akan membuat kemunculan sulung mereka di LTdL tetapi Pell, Pollock, Shaw dan Adiq akan terus mengibar cabaran dengan sasaran untuk menguasai saingan di laluan landai.

Shaw adalah pemenang peringkat terakhir di Dataran Merdeka pada edisi 2010 dan kehadirannya kali ini, bersama-sama Pollock dan Palmer dijangka memperkuatkan kuasa henjutan ke garisan penamat pada laluan landai.

Shaw, 33 tahun yang mengasah bakat bersama Canberra Cycling Club mula diakui kehebatan pecutannya selepas menduduki tangga ketiga perlumbaan halle-ingooigem di Belgium pada 2008, di belakang dua pelumba handalan dunia Gert Steegmans dari Quickstep dan Michael Rogers dari Team Columbia, sebelum mencipta kejutan memenangi peringkat 1 di Tour de Gironde, Kriterium Ambacht di Belanda dan peringkat terakhir Tour de Nouvelle Caledonie.

Malah kegigihannya untuk membuat breakaway daripada peloton turut memberikan Shaw anugerah sebagai pelumba agresif pada peringkat 1 jayco Herald Sun Tour tahun lalu dan dijangkakan Shaw akan terus dengan gaya kayuhan itu apabila LTdL membuka tirainya di Pulau Langkawi, 23 Januari depan.

Palmer, 20, diakui pelumba muda yang cukup berbakat apabila memenangi Kriterium Piala Jepun, hanya beberapa minggu selepas kembali daripada pembedahan hidungnya.

Pelumba kelahiran Wangga, New Saouth Wales itu pernah muncul juara dunia acara ujian masa di Kejohanan Remaja Dunia di Mexico pada 2007 sebelum dilamar berkayuh untuk Drapac musim 2010.

Seorang lagi pakar pecut Drapac adalah Pollock yang cukup berpengalaman berkayuh di sekitar Asia selepas menganggotai Marco Polo Racing sejak 2005 dan DFL-Cyclingnews-Litespeed (2007) sebelum menganggotai Drapac pada 2009.

Sementara itu, Pell adalah pelumba yang menduduki tangga ke-40 keseluruhan pada LTdL 2010 dan pada usia 30 tahun, dia diakui cukup berpengalaman hasil tiga tahun bersama pasukan Savings & Loans Cycling dari 2007 hingga 2009.

Antara keputusan terbaik Pell termasuk menduduki tempat kedua Peringkat 4 Tour of Geelong dan ketujuh pada Peringkat 1 FBD Insurance di Ireland.

Sementara itu, Drapac akan menyandarkan harapan terhadap pelumba Belanda berpengalaman, Goesinnen untuk mengibar cabaran di peringkat pendakian sukar di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Dengan pengalaman yang dikutip sejak menganggotai pasukan Skil-Shimano di Eropah, termasuk ketika berkayuh di Tour of Flanders dan pernah muncul pelumba terbaik Belanda pada perlumbaan klasik Paris-Roubaix 2007.

"Keistimewaan Floris ialah kepakarannya mencari ruang breakaway sejak awal perlumbaan," kata Giramondo merujuk kepada pelumba yang pernah bergelar Raja Bukit Driedaagse de Panne, Denmark Runhfahrt dan keempat pada Grand Prix Temse sepanjang tahun 2010.

Drapac juga pasti mendapat sokongan sebahagian peminat tempatan Malaysia yang masih mengekalkan pelumba muda berbakat, Adiq Hussainie bagi musim 2011.

Adiq muncul pelumba terbaik tempatan di tangga ke-35 pada LTdL 2010 dan terus menyerlah dalam acara trek pada Sukan Asia Guangzhou 2010 tetapi kurang bernasib baik memenangi pingat dalam acara perlumbaan mata.

Namun, Pelumba ke-dua Malaysia untuk menyertai Drapac untuk 2011, pelumba berumur 23 tahun, Amir Mustafa Rusli tidak disenaraikan dalam pasukan untuk LTdL kali ini. Pemuda yang juga berasal dari Terengganu pada tahun lalu di bawah Pasukan Kabangsaan Malaysia adalah merupakan pelumba kedua terbaik Negara di belakang Adiq berkedudukan tempat ke-19 dalam kategori Pelumba Asia keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Le Tour de Langkawi 2011, Mohamed Salleh optimis bahawa Adiq beraksi untuk Drapac lagi tahun ini, "Tanpa Mustafa Amir yang baru masuk pasukan itu membantunya, kami berharap Adiq dapat melakukan yang terbaik dengan senarai hebat yang membentuk Drapac tahun ini. "

Dengan peningkatan yang ditunjukkan pelumba kelahiran Terengganu itu sejak kebelakangan ini, Drapac seharusnya menjadi antara pasukan pilihan untuk mencuri perhatian setiap kali LTdL menempuh 8 peringkat laluan landai daripada 10 peringkat yang menanti pada LTdL 2011 ini.

SENARAI PASUKAN DRAPAC PROFESSIONAL CYCLING:

PENGURUS: Agostino GIRAMONDO

PELUMBA: David PELL (AUS); Rhys POLLOCK (AUS); Stuart SHAW (AUS); Tom PALMER (AUS); Floris GOESINNEN (NED); Muhamad Adiq Husainnie OTHMAN (MAS)

Le Tour de Langkawi 2011 dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Jelajah yang bermula pada 23 Januari hingga 1 Februari ini membabitkan perlumbaan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1,315.4 kilometer, bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


tamat

No comments:

Post a Comment